Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, May 31, 2015

Mother of 2+1

Pejam celik dah 2 minggu ayah berkursus. Selama itu jugalah ibu take over urusan harian yang sebelum ni bawah jagaan ayah. Syukur kita tak hanya berempat, nenek dan atuk duduk sama di rumah tingkat 2 ni. Riuh. Resam cucu bertemu atuk nenek :)

Cabaran berbadan 2 kali ni lain sikit kisahnya. Alhamdulillah, alahan jauh lebih baik berbanding dulu. Ibu punya lebih masa untuk diri sendiri; Raudhah dan Umar dah pandai urus diri sendiri. Ibu hanya enterframe bila perlu. Sesekali terasa sebak dengan keadaan ini. Cepatnya anak-anak ibu membesar. Dulu semua perlukan bantuan ibu. Bila makin besar, makin berdikari. As much as I am proud to witness you growing wiser each day, I cannot help myself from being emotional; gradually you will no longer need me in every aspect of your life.. Apa pon, ibu tetap di sini, sentiasa sayang dan sedia membantu bila perlu.

5 dan 4, di usia ni mulut 2 beradik makin petah berbicara. Ni lah teman, ni lah lawan. Dan resam budak zaman sekarang, apa kita cakap mesti dia tanya balik kenapa. Heee kadang geram dibuatnya. Cabaran utama ibu sekarang ialah perlu banyakkkk sabar untuk manage kesayanganku RA.UF.

Jujurnya, mereka ni 'easy to please'; tak bebankan ibu dengan macam-macam tuntutan. Alhamdulillah. So ibu, relax will you? You can do this, really. Sabar used to be your middle name. And it should still be :) Dengan orang lain boleh sabar, tiada alasan bila involve anak sendiri.

Insya Allah...

Note: Week 19

Wednesday, May 13, 2015

P4.W16

"Umar nak adik tak?.."
"Nak. Umar nak baby boy and baby girl..."

Tersenyum ibu bila abang Umar cakap macam tu. Umurnya bakal masuk 4 tahun Oktober ni. Obviously, he is ready to become a big brother. Siap request nak 2 baby tu. Mesti sebab si kembar comel Arya dan Ayra - the only 2 pupu pangkat adik pujaan Umar.

Time flies. 4 years, really?
Honeymoon betul ibu dengan ayah kan :)
Alhamdulillah since ayah pindah KL hujung Disember 2013, we had the opportunity to catch up and live together as a family. Moreover when we moved to Kem Kementah - finally I got to experience the true meaning of work-life-balance.
The kids are enjoying it too; they dont have to wake up too early in the morning for school, have breakfast at home before school and have more time to annoy ibu and ayah ;)
Alhamdulillah, tak ternilai nikmat berkeluarga di bawah satu bumbung..Kini ibu dapat jalankan tanggungjawab sebenar seorang isteri dan ibu. Doa ibu, semoga kita dapat terus begini, insya Allah...

Genap 1 tahun selepas kisah hitam ectopic pregnancy, hati terbuka untuk punya anak kecil lagi. Mixed feelings; excited, risau, positif, negatif, bercampur-campur. Persoalan utama, boleh ke mengandung lagi ni? Sedikit inferior sebab dah buang sebelah tiup. Maknanya, peluang hamil turun 50%. Bertanya juga pada doktor dan teman sekeliling; masing-masing beri harapan - ada peluang. Ibu pon usaha, berurut untuk overhaul badan terutama bahagian peranakan. Alhamdulillah,lepas 3 bulan usaha, kami terima berita gembira. Pregnacy keempat kini sudah masuk minggu ke 16.

Setiap pengalaman pregnancy ibu pasti bersulam perit jerih morning sickness. Lemah lutut kalau dikenang. Tapi itulah, tak senang nak jadi ibu. Fikir yang baik-baik sajalah, percaya yang Allah suka dan sentiasa bersama orang yang sabar. Pregnancy kali ni pon ada fasa pening mualnya. Tapi, sangat kurang berbanding sebelumnya. Ibu aktif di pejabat, pening mual mula sejurus jejak kaki di rumah. Pulakkk hehe. Bukan dibuat-buat tau. Lama juga dapur tak berasap. Mujur suami dan anak-anak faham..

Semoga urusan pregnancy kali ini lancar dan selamat semuanya.. insya Allah. Doakan saya ye :)

Nota: Berat badan dah naik 10kg