Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, December 31, 2011

2011 in a nutshell

Alhamdulillah. All in all it has been a great year. Terima kasih atas rezeki dan nikmat mu Ya Allah. Aku redha akan segala dugaan dan cabaran yang menimpa. Semoga hari-hari kami sentiasa di bawah lindungan dan petunjukmu...

Here are the highlights of my life, in 2011 :)


FEBRUARY 2011 Happy Birthday
Raudhah Amani turned 1 year old on 23.02.2011. Alhamdulillah. Ibu and ayah love you so much, girl!

MARCH 2011 Dream 'vacation'
Alhamdulillah. Thank you to ayah and mak, both Zul and I had the chance to perform umrah from 13-27 March 2011. Alhamdulillah, jejak tanah suci sebelum negara-negara selain Malaysia. It was amazing, penuh rasa syukur dan emosi; menatap Masjid Nabawi dan Kaabah depan mata. Terasa sungguh dekat denganNya. Tenang, walaupun hati berat merindu buahati Raudhah Amani di tanahair dan lemah menempuh fasa awal pregnancy di tempat asing. Ya, cubaan sangat besar buat ibu dan Raudhah. Tapi ini soal ibadah. Dan ibu tahu Raudhah anak yang tabah dan kuat. Setiap masa ibu doakan Raudhah dan Umar yang pada masa tu, masih kecil dalam kandungan ibu. Setiap kali ingat Raudhah, air mata mengalir. Dan untuk Umar, ibu kerap ke kedai beli canned Lychee in syrup buat hilang loya. Terbukti kita mampu laluinya, anak-anak sayang. Alhamdulillah. Ada rezeki, kita pergi satu family Insyaallah.

Terima kasih juga buat suami yang setia bantu isteri ketika itu. Lemah. Tawaf, sae semua perlu ditolak dari belakang. Kalau tidak, kaki longlai memberatkan langkah. Besar pahala abang. Insyaallah.

The end of my breastfeeding journey. After 2 weeks seperated by distance, Raudhah felt that she was big enough and convinced me that she doesn't need to be breast fed anymore. Tup tup (tutup) katanya bila ibu offer nenen :)

MAY 2011 Her first art work
Happy father's day ayah! Raudhah made a simple greeting card for ayah, with a little help from ibu :)



JUNE 2011 A year older
Officially 27 :) I am blessed to have loving family members and great friends to keep. Had few celebrations; at home with family and at the office with dear collegues and friends. Bliss!



OCTOBER 2011 3+1
The family gets bigger this year. Our sweetheart, Umar Faruqi bin Zulfadhli was born on 11.10.11, 20 months after our first child. The kids are getting along just fine. My heart melts seeing them together. Alhamdulillah :)

:)

This is Us

UFZ and RAZ

Got a BB before the baby was born. Thank you husband for the Blackberry, complete with data plan. Loving it to bits! I am now 24-7 connected to the net and can get many things done through phone :D

Nonetheless, I still keep my Samsung Galaxy S. Blogging comes in handy with Bloggeroid; one thing missing from BB world.

NOVEMBER 2011 Home sweet home
The biggest addition to our financial commitment this year onwards. Alhamdulillah, one of my resolutions for 2011 came true. Renovation work is going on at the moment. Hopefully all will turn out well.

messy ;p



Our marriage marks its third year's anniversary. Alhamdulillah. ILU ZI :)

My brother also got married in November. It was a beautiful celebration. I love family gatherings!



DECEMBER 2011 Welcome home
The official order is out. Alhamdulillah, ayah is moving to KL soon. What a beautiful way to end the year. Syukur.

Ayah finally turned 27 three days back. Happy Birthday! Wow, 27 with 2 kids, Alhamdulillah.



Alhamdulillah. May Allah bless us with good health, endless happiness and great achievements in 2012. Insyaallah.


posted from Bloggeroid

Rapid KL

Indeed. Time is golden. Especially when linked to development. In the world that we live in now, everything is expected to accelerate; increase or improve towards betterment.

I have been away from KL for 2 months due to maternity. Didn't expect to miss so much of KL and its isi perut :D

After 3 weeks of come back, today my path crossed with rapidKL LRT. Just a short distance; KLCC to Masjid Jamek then Plaza Rakyat. To my surprise, I am not familiar to the new ticketing system! Instead of the usual ticket, now it is in the form of token! Cool, I must say. Besides, the interface and navigation of the touch screen is integrated; for both Putra and STAR LRT. Amazed, experienced, impressed.



P/s: Hope the authority could have a look into the damage done at KLCC. Irresponsible taxi drivers park on the roadside causing unnecessary road block. Tarnish the image of the clan. Hey, my dad owns a taxi too so buzz off, I hate hearing complaints about the job that got me where I am today!

posted from Bloggeroid

Friday, December 09, 2011

Fenomena Gerhana Bulan

Dijangka berlaku pada esok malam, bermula sekitar jam 8.45malam dengan kemuncaknya dijangka pada jam 10malam.

Apa itu gerhana bulan? Ianya adalah suau fenomena di mana matahari, bumi dan bulan berada pada satu garis lurus yang sama, sehingga sinar matahari tidak dapat mencapai bulan kerana terhalang oleh bumi.

Ustaz Hanafiah Abdul Razak, Pegawai Falak di Jabatan Mufti Negeri Johor berkongsi di rancangan Al-Kuliyyah hari ini, fenomena gerhana bulan adalah keadaan di mana:
1. Bulan mengadap, hampir dengan bumi
2. Bulan berada di laluan matahari
3. Bumi mendapat cahaya penuh daripada matahari
4. Berlaku di pertengahan bulan, 14 malam 15 Muharram
5. Kekerapan berlaku sehingga 2 kali setahun

Sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).

Apa yang patut kita lakukan bagi menghayati fenomena ini? Ustaz sarankan ibadah dilakukan bagi mencari keredhaanNya serta dijauhkan dari kemurkaanNya. Amalan yang boleh dilakukan, mudah-mudahan Allah berikan kita kebaikan antaranya:
1. Solat sunat gerhana, sesudah jelas berlakunya gerhana.
2. Beristighfar
3. Berdoa sebanyak mungkin
4. Berinfaq

Hebat sungguh ilmu falak. Tahukah anda bahawa ada pengertian disebalik separuh awal bulan dan separuh akhir bulan dalam ilmu falak? Ustaz berkongsi, dari awal hingga tengah bulan adalah masa untuk mengisi. Manakala daripada tengah ke akhir bulan adalah masa untuk kembali reda. Dua contoh:

1. Kajian menunjukkan jika nelayan beroleh ketam antara awal hingga tengah bulan, isinya penuh. Sebaliknya, bagi tangkapan antara tengah hingga hujung bulan, kosong. Sama kisahnya dengan ikan.

2. Jika seseorang jatuh sakit antara awal hingga tengah bulan, antibodi kuat maka peluang untuk sembuh lebih baik. Sebaliknya, antibodi lemah pada setengah bulan terakhir.

Subhanallah, hebat ilmu falak ini. Sungguh cetek pengetahuan di dada hamba yang 27tahun ini.

Thursday, December 08, 2011

Siapa nama?

Siapa nama? Ahmad.. Mau pergi mana? Chemor~

*Iklan tamat*

Alhamdulillah. Umar bangun awal pagi ni. As usual, ibu bawa Umar turun layan Indahnya Iman @ Astro Oasis. Pagi ni kami berkesempatan tonton slot Hadis Pilihan oleh Dato Hassan Din Al Hafiz. Menarik topik pagi ni, sesuai untuk ibu bapa muda seperti kami. Rasanya elok juga capture few points tadi untuk ingatan dan dikongsi bersama, tentang pentingnya nama.

Apa ada pada nama? Kan itu sekadar panggilan saja. Mungkin ada yang fikir begitu. Meleset sama sekali. Permulaan seseorang itu adalah pada namanya. Nama akan mempengaruhi perkembangan fizikal dan mental seseorang. Hebat bukan?

Pada permulaan episod, Dato Hassan Din berkongsi tentang sebuah hadis yang kurang lebih bermaksud begini:

"Nama yang mulia di sisi Allah swt ialah Abdullah dan Abdul Rahman. "


Abdul bermaksud hamba sementara Abdullah bermaksud hamba Allah. Hari ini, jarang sekali kita jumpa anak kecil bernama seperti atas di Malaysia. Kesedaran untuk memberi nama yang baik maknanya meluas, tidak ketinggalan juga yang gemar memberi nama berunsur glamour atau bunyi seperti mat salleh.

Selain Abdullah dan Abdul Rahman, nama yang disukai Allah swt ialah Muhammad, bermaksud yang terpuji.  Diriwayatkan bahawa, sekiranya seorang ayah mempunyai 3 anak lelaki dan tiada satu pun di antaranya bernama Muhammad, maka ayah tersebut adalah jahil. Satu ilmu baru buat saya hari ini. Padanlah dalam 3 orang adik beradik lelaki suami, ada seorang bernama Muhammad Ikhwan. Selebihnya Zulfadhli dan Amal Safwan. Barangkali ayah tahu tentang ini. Tapi ayah tak suarakan pada kami. Mungkin ayah yakin ada cucu lelaki lagi bakal menyusul nanti.

Beri nama yang baik satu. Sudah itu, perlulah juga dipanggil dengan nama yang baik. Ustaz kongsi, seorang yang hebat namanya sempana khalifah Abu Bakar tetapi dipanggil Burn. Rentung. Sempat berseloroh, jika masuk syurga insan ini, hairan penghuni syurga dibuatnya. Satu tamparan buat saya. Kami suami isteri punya nama 'manja' di rumah. Dan selalunya, dipanggil dengan nama itu. Walhal nama sebenar kami sungguh indah maknanya. Zulfadhli: yang mempunyai keistimewaan dan Nurhafiza: cahaya yang memelihara. Pernah sekali saya berbual dengan seorang staff berasal dari Sudan. Borak punya borak masuk bab keluarga. Lantas ditanya siapa nama suami dan anak. Mendengarkan jawapan saya, dia mengucap "Subhanallah, beautiful names. Beautiful family". Saya ingat ketika itu berkongsi dengannya, kalau ada anak lelaki nanti, mungkin akan namakan Salman Al-Farisi. Tapi lepas suami baca kisah Umar Abdul Aziz, teringin betul menamakan anak dalam kandungan saya ketika itu sebagai Umar.

Pada pengamatan saya, mereka yang punya nama lain biasanya mempunyai nama yang panjang. Saya sendiri mempunyai kesulitan menyebut nama sendiri ketika kecil. Nama Jaja itu saya sendiri yang panggil. Datang dari Za di hujung Nurhafiza. Melekat nama Jaja itu sampai beranak pinak. Mujur nama anak-anak berpangkalkan nama dua patah; Raudhah dan Umar. Tiada alasan untuk dipendekkan lagi. Cuma Raudhah, gemar bahasakan dirinya Ada. Insyaallah nanti dah pandai cakap eloklah tu.

Semoga anak-anak kita nanti besar menjadi insan berkeperibadian baik, mengambil berkat nama yang diberi. Insyaallah. Ayah dan ibu ambil ikhtibar daripada perkongsian ini. Alhamdulillah, berkesempatan tambah pengetahuan.


kepunyaan boyfriend suatu ketika dahulu :) 

P/s: ada staff bernama Abdullah Aiman. Pandai ayahnya pilih. Suka pada nama, bukan orangnya. Harap maklum.

Wednesday, December 07, 2011

Money sense



The green note. Irony, the more we earn, the more we feel short of it. Insufficient, not enough. So what is the ideal salary do we need? Or it is something that WANTs out ruling the NEEDs?

I hate the fact how the green note influences how we live our life. With the factor of inflation, the value of money drops and resulted in higher cost of living. Oh my. This calls for proper planning and prudent spending especially when you have a family. Now that my family is bigger, I hope we could make do with the household income and live moderately happy if not lavish (kidding-on the lavish part).

$alary

Alhamdulillah. With both husband and wife working, the earning is sufficient. We made few expensive-big steps in 2011. These need fund. I hope to hear great news from the Management soon. And perhaps new salary scheme for the Armed Forces? We could use some extra notes!

$pending

The major spending is dedicated for the kids. The price of formulated milk is increasing day by day. Enfagrow A+ is now costs RM94 for a 1.7kg packing. Same goes to diaper. Even PetPet now costs RM34 per pack. All in all, a sum of RM1.5k is allocated for them beginning January 2012.

A new addition to our expenses is the house we bought. Inclusive renovation cost, the total price is RM200k++. The installment is significant. I wonder how on earth few friends of mine, with salary more or less at par, could afford buying RM450k and above houses. Wow. What a huge commitment! Something I don't feel worth doing. Cheapskate :p And don't see it as investment too. What's the point of it if I could not afford funding the loan. Take calculated risk, do financial standing analysis and decide; my philosophy.

Good news, no more hire purchase installment needed. Both cars are ours, debt free yippie!

Being the eldest in the family, I hope I can continue contributing to the parents. Looking at the current income, with the new house expenses, I can't afford to pay the installment of the parent's house anymore :( I could have if my promotion is on time. However, due to the downfall of my career in 2009, my promotion was delayed to 2013 :(  hopefully Allah murahkan rezeki untuk terus membalas budi baba and mama. I love them so much.

$avings/Investment

Insyaallah the salary deduction will be continued. It is the only way to save up, trust me. No such thing as kalau ada lebih nanti masuk tabung. Sheesh! Kalau ada lebih masuk tabung Mothercare ada la. We don't have a lot. Just sufficient to back up during emergencies.

Insurance for the kids-checked. Unit trust-checked. Monthly deduction-checked. Zakat-checked! And a few other investment products. But on top of all, I am glad that we have EPF. At least later after retirement, source of money is there :) hehe Account 2 has reduced, withdrawed due to the purchase of our-home-sweet-home. Alhamdulillah.

At the end of the month, no extra. Just enough to cover for the necessary. What went wrong? I don't think there is any. Being the eldest, we have commitment to the parents. What we gain, there should be a portion for them. I don't regret for not having to buy expensive clothes or live a lavish life like most of people at the towers do. Cause I believe that I spent portion of it to the right channel, my parents. Insyaallah berkat. And based on my experience, whenever emergency strikes, there is rezeki to drain it away. Berkat restu baba and mama. Alhamdulillah.

P/s: masih dalam mood belanjawan. Moga ada rezeki untuk isi perut rumah.

P/s2: pernah consult AKPK tentang pengurusan kewangan peribadi. 1) 10% of salary should go to savings 2) Benar, credit card is the culprit! Use it wisely. The quote "ukur baju di badan sendiri" says them all. That goes to you too, Jaja!

Monday, December 05, 2011

Tragedi

Dugaan. Benar bagai dikata, malang tak berbau. Sungguhpun kita sebaik mungkin menjaga keselamatan diri, dek silap orang lain, terkena juga tempiasnya. 25 November 2011 tarikh kejadian. Aku bersama suami dan Umar terlibat dengan kemalangan kecil. Kami baik saja. Tapi tertekan jugalah melihatkan kesan di kereta kecilku. Aduh. Mana silapnya. Yang pasti salah pemandu itu, bukan kami. Gagal memastikan jalan lengang sebelum mengundur. Siap leka pandang skrin telefon bimbit berdering. Nah, lihat hasilnya.




Sangka aku bila dah habis bayar pinjaman kereta minda jadi tenang. Meleset. Dugaan lain datang. Mungkin Allah nak bagi rezeki lain.

Sekarang kedua-dua mobil lama-tanpa-hutang kami 'cedera' di bahagian kiri. Civic1995 pon dilanggar jiran depan rumah 2 bulan lepas. Punyalah luas jalan. Bawa kancil pulak tu. Ish3. Sebab suaminya tolong baba potong pokok mangga depan rumah, kami anggap ganti rugi langsai.

Satria2003 kita hantar baiki atas kos pemandu cuai itu. Civic1995, ada duit lebih nanti kita baiki ok suami?

P/s: Masih merasakan ekonomi belum di paras lega untuk memiliki mobil baru. Masih selesa bersederhana begini

posted from Bloggeroid

55

Fuh. Home sweet home. Went to clinic to check on Umar just now. Ayah dah di Kuantan. Rasa patah sebelah kaki bila ayah tiada. Bukan manja tetapi belum hebat mengawal dua anak sendirian. Si kakak yang 21 bulan itu sedang melasak. Si adik yang hampir 2 bulan ini perlu dikendong sana sini. Walaupun ibu ala-ala tough, mengah juga dibuatnya memikul adik yang sudah lebih 7 kilo beratnya. Adik sudah 4 hari tak poopoop. Sebentar tadi ujian kemuncak. Adik tak boleh tahan lagi lantas menangis tak henti. Sebak. Dukung sudah, dodoi sudah, sapu minyak yuyi pon sudah namun tak berhasil. Last resort, satu rumah ikut ke klinik. Mujur atuk nenek sayang. Terima kasih BaMa! Alhamdulillah, Umar dah lega. Sedang asyik minum susu ganti tenaga yang hilang. Ibu lebih sepuluh kali ganda lega. Punya anak kecil beginilah. Susah hati bila si manja kurang sihat. Semoga Allah lindungi kalian.

Alhamdulillah anak bujang dah botak. Sempat ayah cukur rambut Umar petang tadi. Umar tegap, jadi ayah yakin nak cukurkan walaupun baru sebulan lebih. Raudhah dulu hanya botak pada usia 4 bulan. Raudhah turut sama tengok proses cukur. Sekali sekala Raudhah gelak. Geli hati barangkali.

RAZ & UFZ :)


Ibu perhati Raudhah lebih ceria akhir-akhir ni. Mungkin sebab ayah ada sama kita, seminggu bercuti. Allah saja tahu betapa senang hati ibu lihat anak mesra dengan ayahnya. Ayah pun pandai ambil hati. Secara tak langsung bantu ibu uruskan anak. Juga dalam urusan rumah yang lain. Terima kasih ayah. Bertuah dapat suami ringan tulang. Lepas ni kembali ke rutin asal. Semoga Allah permudahkan.

Subhanallah indahnya hari-hari bersama kalian. Mudah-mudahan ada rezeki untuk kita terus begini. Bahagia. Alhamdulillah, besar nikmatMu Ya Allah...

P/s: Giat menyusu badan tapi sudah datang bulan. Wah? Am now on IUCD

posted from Bloggeroid