Dijangka berlaku pada esok malam, bermula sekitar jam 8.45malam dengan kemuncaknya dijangka pada jam 10malam.
Apa itu gerhana bulan? Ianya adalah suau fenomena di mana matahari, bumi dan bulan berada pada satu garis lurus yang sama, sehingga sinar matahari tidak dapat mencapai bulan kerana terhalang oleh bumi.
Ustaz Hanafiah Abdul Razak, Pegawai Falak di Jabatan Mufti Negeri Johor berkongsi di rancangan Al-Kuliyyah hari ini, fenomena gerhana bulan adalah keadaan di mana:
1. Bulan mengadap, hampir dengan bumi
2. Bulan berada di laluan matahari
3. Bumi mendapat cahaya penuh daripada matahari
4. Berlaku di pertengahan bulan, 14 malam 15 Muharram
5. Kekerapan berlaku sehingga 2 kali setahun
Sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya
matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah.
Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan
lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda
kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat
perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu
hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).
Apa yang patut kita lakukan bagi menghayati fenomena ini? Ustaz sarankan ibadah dilakukan bagi mencari keredhaanNya serta dijauhkan dari kemurkaanNya. Amalan yang boleh dilakukan, mudah-mudahan Allah berikan kita kebaikan antaranya:
1. Solat sunat gerhana, sesudah jelas berlakunya gerhana.
2. Beristighfar
3. Berdoa sebanyak mungkin
4. Berinfaq
Hebat sungguh ilmu falak. Tahukah anda bahawa ada pengertian disebalik separuh awal bulan dan separuh akhir bulan dalam ilmu falak? Ustaz berkongsi, dari awal hingga tengah bulan
adalah masa untuk mengisi. Manakala daripada tengah ke akhir bulan
adalah masa untuk kembali reda. Dua contoh:
1. Kajian menunjukkan jika nelayan beroleh ketam antara awal hingga
tengah bulan, isinya penuh. Sebaliknya, bagi tangkapan antara tengah
hingga hujung bulan, kosong. Sama kisahnya dengan ikan.
2. Jika seseorang jatuh sakit antara awal hingga tengah bulan, antibodi
kuat maka peluang untuk sembuh lebih baik. Sebaliknya, antibodi lemah
pada setengah bulan terakhir.
Subhanallah, hebat ilmu falak ini. Sungguh cetek pengetahuan di dada hamba yang 27tahun ini.


No comments:
Post a Comment