Dijangka berlaku pada esok malam, bermula sekitar jam 8.45malam dengan kemuncaknya dijangka pada jam 10malam.
Apa itu gerhana bulan? Ianya adalah suau fenomena di mana matahari, bumi dan bulan berada pada satu garis lurus yang sama, sehingga sinar matahari tidak dapat mencapai bulan kerana terhalang oleh bumi.
Ustaz Hanafiah Abdul Razak, Pegawai Falak di Jabatan Mufti Negeri Johor berkongsi di rancangan Al-Kuliyyah hari ini, fenomena gerhana bulan adalah keadaan di mana:
1. Bulan mengadap, hampir dengan bumi
2. Bulan berada di laluan matahari
3. Bumi mendapat cahaya penuh daripada matahari
4. Berlaku di pertengahan bulan, 14 malam 15 Muharram
5. Kekerapan berlaku sehingga 2 kali setahun
Sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya
matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah.
Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan
lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda
kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat
perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu
hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).
Apa yang patut kita lakukan bagi menghayati fenomena ini? Ustaz sarankan ibadah dilakukan bagi mencari keredhaanNya serta dijauhkan dari kemurkaanNya. Amalan yang boleh dilakukan, mudah-mudahan Allah berikan kita kebaikan antaranya:
1. Solat sunat gerhana, sesudah jelas berlakunya gerhana.
2. Beristighfar
3. Berdoa sebanyak mungkin
4. Berinfaq
Hebat sungguh ilmu falak. Tahukah anda bahawa ada pengertian disebalik separuh awal bulan dan separuh akhir bulan dalam ilmu falak? Ustaz berkongsi, dari awal hingga tengah bulan
adalah masa untuk mengisi. Manakala daripada tengah ke akhir bulan
adalah masa untuk kembali reda. Dua contoh:
1. Kajian menunjukkan jika nelayan beroleh ketam antara awal hingga
tengah bulan, isinya penuh. Sebaliknya, bagi tangkapan antara tengah
hingga hujung bulan, kosong. Sama kisahnya dengan ikan.
2. Jika seseorang jatuh sakit antara awal hingga tengah bulan, antibodi
kuat maka peluang untuk sembuh lebih baik. Sebaliknya, antibodi lemah
pada setengah bulan terakhir.
Subhanallah, hebat ilmu falak ini. Sungguh cetek pengetahuan di dada hamba yang 27tahun ini.
Showing posts with label sharing. Show all posts

Friday, December 09, 2011
Thursday, December 08, 2011
Siapa nama?
Siapa nama? Ahmad.. Mau pergi mana? Chemor~
*Iklan tamat*
Alhamdulillah. Umar bangun awal pagi ni. As usual, ibu bawa Umar turun layan Indahnya Iman @ Astro Oasis. Pagi ni kami berkesempatan tonton slot Hadis Pilihan oleh Dato Hassan Din Al Hafiz. Menarik topik pagi ni, sesuai untuk ibu bapa muda seperti kami. Rasanya elok juga capture few points tadi untuk ingatan dan dikongsi bersama, tentang pentingnya nama.
Apa ada pada nama? Kan itu sekadar panggilan saja. Mungkin ada yang fikir begitu. Meleset sama sekali. Permulaan seseorang itu adalah pada namanya. Nama akan mempengaruhi perkembangan fizikal dan mental seseorang. Hebat bukan?
Pada permulaan episod, Dato Hassan Din berkongsi tentang sebuah hadis yang kurang lebih bermaksud begini:
"Nama yang mulia di sisi Allah swt ialah Abdullah dan Abdul Rahman. "
Abdul bermaksud hamba sementara Abdullah bermaksud hamba Allah. Hari ini, jarang sekali kita jumpa anak kecil bernama seperti atas di Malaysia. Kesedaran untuk memberi nama yang baik maknanya meluas, tidak ketinggalan juga yang gemar memberi nama berunsur glamour atau bunyi seperti mat salleh.
Selain Abdullah dan Abdul Rahman, nama yang disukai Allah swt ialah Muhammad, bermaksud yang terpuji. Diriwayatkan bahawa, sekiranya seorang ayah mempunyai 3 anak lelaki dan tiada satu pun di antaranya bernama Muhammad, maka ayah tersebut adalah jahil. Satu ilmu baru buat saya hari ini. Padanlah dalam 3 orang adik beradik lelaki suami, ada seorang bernama Muhammad Ikhwan. Selebihnya Zulfadhli dan Amal Safwan. Barangkali ayah tahu tentang ini. Tapi ayah tak suarakan pada kami. Mungkin ayah yakin ada cucu lelaki lagi bakal menyusul nanti.
Beri nama yang baik satu. Sudah itu, perlulah juga dipanggil dengan nama yang baik. Ustaz kongsi, seorang yang hebat namanya sempana khalifah Abu Bakar tetapi dipanggil Burn. Rentung. Sempat berseloroh, jika masuk syurga insan ini, hairan penghuni syurga dibuatnya. Satu tamparan buat saya. Kami suami isteri punya nama 'manja' di rumah. Dan selalunya, dipanggil dengan nama itu. Walhal nama sebenar kami sungguh indah maknanya. Zulfadhli: yang mempunyai keistimewaan dan Nurhafiza: cahaya yang memelihara. Pernah sekali saya berbual dengan seorang staff berasal dari Sudan. Borak punya borak masuk bab keluarga. Lantas ditanya siapa nama suami dan anak. Mendengarkan jawapan saya, dia mengucap "Subhanallah, beautiful names. Beautiful family". Saya ingat ketika itu berkongsi dengannya, kalau ada anak lelaki nanti, mungkin akan namakan Salman Al-Farisi. Tapi lepas suami baca kisah Umar Abdul Aziz, teringin betul menamakan anak dalam kandungan saya ketika itu sebagai Umar.
Pada pengamatan saya, mereka yang punya nama lain biasanya mempunyai nama yang panjang. Saya sendiri mempunyai kesulitan menyebut nama sendiri ketika kecil. Nama Jaja itu saya sendiri yang panggil. Datang dari Za di hujung Nurhafiza. Melekat nama Jaja itu sampai beranak pinak. Mujur nama anak-anak berpangkalkan nama dua patah; Raudhah dan Umar. Tiada alasan untuk dipendekkan lagi. Cuma Raudhah, gemar bahasakan dirinya Ada. Insyaallah nanti dah pandai cakap eloklah tu.
Semoga anak-anak kita nanti besar menjadi insan berkeperibadian baik, mengambil berkat nama yang diberi. Insyaallah. Ayah dan ibu ambil ikhtibar daripada perkongsian ini. Alhamdulillah, berkesempatan tambah pengetahuan.
P/s: ada staff bernama Abdullah Aiman. Pandai ayahnya pilih. Suka pada nama, bukan orangnya. Harap maklum.

![]() | ||
| kepunyaan boyfriend suatu ketika dahulu :) |
P/s: ada staff bernama Abdullah Aiman. Pandai ayahnya pilih. Suka pada nama, bukan orangnya. Harap maklum.
Tuesday, November 30, 2010
Women & Leadership
The sharing session for ladies which was conducted last Monday was interesting. The organiser was creative in coming up with the theme; "Women & Leadership : Choices, Chances & Challenges". Simple & catchy. The opening remark was ever interesting when the speaker actually relates the theme to diamond! The 4 C's: Clarity, Colour, Carat & Cut. I swear, I got carried away and did think of getting myself a new 'piece' for a while. Oh Habib Jewel~ Haha :D
Well, my takeaways from the event were mostly taken from Ustaz's session:
1. Challenges are opportunity to grow wiser for future/bigger roles.
So don't give up. Sesungguhnya apa yang dari-Nya, Dia tahu kita mampu hadapi.
2. Women are born with leadership qualities:
a. Sabar
b. Sayang (Penyabar)
c. Haish...lupe pulak no 3 ni ape. nnt update eh
d. Sungguh-sungguh (Committed)
A mother is a form of leadership you know. Ok, bias!
One thing for sure, everyone of us is a leader. It must begin with leading yourselves; be it in planning your daily routines right up to chart your career plan towards your ultimate goal.
Lead self, lead others then lead change.

Subscribe to:
Posts (Atom)