Pejam celik dah 2 minggu ayah berkursus. Selama itu jugalah ibu take over urusan harian yang sebelum ni bawah jagaan ayah. Syukur kita tak hanya berempat, nenek dan atuk duduk sama di rumah tingkat 2 ni. Riuh. Resam cucu bertemu atuk nenek :)
Cabaran berbadan 2 kali ni lain sikit kisahnya. Alhamdulillah, alahan jauh lebih baik berbanding dulu. Ibu punya lebih masa untuk diri sendiri; Raudhah dan Umar dah pandai urus diri sendiri. Ibu hanya enterframe bila perlu. Sesekali terasa sebak dengan keadaan ini. Cepatnya anak-anak ibu membesar. Dulu semua perlukan bantuan ibu. Bila makin besar, makin berdikari. As much as I am proud to witness you growing wiser each day, I cannot help myself from being emotional; gradually you will no longer need me in every aspect of your life.. Apa pon, ibu tetap di sini, sentiasa sayang dan sedia membantu bila perlu.
5 dan 4, di usia ni mulut 2 beradik makin petah berbicara. Ni lah teman, ni lah lawan. Dan resam budak zaman sekarang, apa kita cakap mesti dia tanya balik kenapa. Heee kadang geram dibuatnya. Cabaran utama ibu sekarang ialah perlu banyakkkk sabar untuk manage kesayanganku RA.UF.
Jujurnya, mereka ni 'easy to please'; tak bebankan ibu dengan macam-macam tuntutan. Alhamdulillah. So ibu, relax will you? You can do this, really. Sabar used to be your middle name. And it should still be :) Dengan orang lain boleh sabar, tiada alasan bila involve anak sendiri.
Insya Allah...
Note: Week 19


No comments:
Post a Comment