Asyik melihat suami dan anak ketika ini, di kamar, menunggu masa dibuai lena. Dua insan yg amat ku sayang. Dua insan pelengkap semangat untuk menempuh hari-hari dgn optimis. Sebak... Dua insan ini punya dugaan masing-masing. Jauh di sudut hati, ibu sgt sebak diuji dugaan berganda ini. Namun ibu janji, tidak akan berhenti berharap dan ibu yakin setiap dugaan Nya punya hikmah tersendiri. Insyaallah...Mudah-mudah ada sinar menanti kita; ayah, ibu dan anak..
Esok umat Islam akan memulakan ibadah puasa. Ramadhan tiba lagi. Syukur padaNya ada peluang buat kita untuk beribadah. Esok juga hari yg sgt mendebarkan buatku dan suami. Anak akan berdepan dgn mesin besar itu lg. Ya Allah, hajat dihati ini ingin melihat anak membesar dgn sihat dan menjadi insan yg berguna pd agama dan bangsa kelak. Sempena bulan baik ini, aku pohon padamu Ya Allah, kau jauhilah suami dan anak-anak ku dr penyakit yg merbahaya. Peliharalah mereka di bawah lindunganmu Ya Allah. Permudahkan urusan kami dan jauhi kami dr sebarang yg melalaikan.
Anak, ibu doakan anak kuat menghadapi dugaan ini. Mudah-mudahan keputusan pemeriksaan esok berita baik untuk kita. Ibu syg anak, kasih tidak terhingga banyaknya. Hati, bertahanlah walau mata berlinangan lg...Ya Allah...lemah sungguh hambamu ini.
Suami, isteri akan gagah berdiri disisimu walau apa terjadi. Kau kusayang dulu, kini dan Insyaallah sampai akhir nanti. Isteri yakin suami akan sembuh. Bila, bukan kita yg tentukan. Yg pasti, kita tidak boleh putus asa. Anak-anak perlukan kita. Janji, kita usaha sama-sama ya?
Ya Allah...aku barangkali sudah lama tewas dek dugaan ini jika tidak keranaMu. Mana mungkin aku kuat berdepan dgn masalah kesihatan dua insan ini di kala diuji hebat dgn penilaian prestasi kerja. Kekuatan ini adalah milikMu. Kau pinjamkanlah kekuatan ini untuk aku terus berdiri, berusaha dan
bertawakal demi kesudahan yg baik Ya Allah...keranaMu, aku tenang. KeranaMu, aku tabah. Di ketika ini, aku mohon dipermudahkan urusan, diringankan dugaan...
Air mata sudah tidak terbendung. Bertahanlah wahai hati. Islam kata, setiap dugaan yg menimpa, Allah tahu kita mampu hadapinya.
Ya Allah, lindungi kami hambaMu yg lemah. Semoga dugaan ini baik kesudahannya, Amin...

posted from Bloggeroid

No comments:
Post a Comment