Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Friday, October 28, 2011

Tuah...

Kata pepatah; tuah ayam nampak di kaki, tuah kita siapa yang tahu.

24.10.11

Alhamdulillah, tuah kami hari ini 'nampak' pada dua saluran:

1) Maybank2u
Menjadi kebiasaan orang makan gaji, tiap hujung bulan mesti hadap Maybank2u. Jumaat lepas di hospital dah perasan. Eh kenapa banyak pulak amaun masuk bulan ni. Tapi sebab kejarkan appoinment Umar, misi menyiasat tertangguh sampailah hari Sabtu. Godek punya godek, hati terdetik. Kalau tengok amaun yang extra ni, macam tahu apa dia. Tapi takda apa-apa notification pun. Betul ke firasat di hati ni? Eceh. Sempat update hubby, separa excited. Hari Isnin baru boleh cek, hujung minggu pejabat tutup. Buang masa dan tenaga je kalau terlebih proaktif.

Hari ni, pagi-pagi dah call lawyer's office. Boleh pulak puan yang handle file kami tu dah berhenti kerja. Rasanya baru Isnin lepas call dia. Semak punya semak, sah betul jangkaan kami. Amaun extra tu ialah deposit yang kami dulukan untuk beli rumah idaman kami. Alhamdulillah, proses pembelian hampir selesai. Syukur syukur. Nampaknya cuti bersalin ibu bakal bertambah sibuk. Umar sudah tentu fokus utama, selainnya kerja-kerja perangkaan budget 2012 empat beranak dan projek renovasi rumah. Sebelum kerja renovasi rumah bermula, ibu perlu finalize perbelanjaan bulanan keluarga. Baki yang ada bakal tentukan banyak mana yang boleh diubahsuai. Lepas tu, boleh fokus kat design or layout rumah. Ayah dah bagi mandat kat ibu selaku PA berwibawa. Ayah audit saja nanti; apa yang dirancang, berapa peruntukan, cost efficiency dan impact nya. Seronok! Walk in closet satu! Heheeee boleh susun berderet uniform ayah and baju-baju messnite ibu. Eceh. Tak banyak pun. Tapi awas, dah kurus nanti ibu nak baju kurung baru. Itu motivasi. Multipurpose pulak tu. Boleh pakai ke semua majlis. Berbaloi kan? (sebenarnya kain nya dah bersusun dalam almari nenek, tinggal nak tempah). Hehe kantoi. Kalau si perajurit punya strategi pertahanan, si isteri juga perlu bijak berstrategi. Tapi strategi yang baik-baik je, JANJI.

Seronok ya, saspen pun ya. Kos masuk rumah umum tahu tidak murah. Lagi-lagi macam kami yang tinggal tidak sebumbung ni. Banyak barang yang belum ada; perabot, dapur, barangan elektrik, etc. Tapi periuk belanga usah gusar. Hadiah kahwin tiga tahun lepas masih tersusun rapi di stor nenek. Tukang masak saja belum berapa nak pandai. Tapi berdasarkan pengalaman, kalau masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang, ikan bilis berlada pun rasa sungguh mengancam. Insyaallah, sikit-sikit kita usahakan bersama isi perut rumah kita.

Benih pokok kelapa pandan dan pokok mangga jangan lupa. Esok ibu mengidam lagi senang, ayah petik je kat laman nun. Hehe.

Syukur, target 2011 tercapai. Harapnya urusan ubahsuai juga lancar dan dipermudahkan.

2) Blackberry

Lewat petang tadi ayah terima message dari teman di KL. Khabarnya nama ayah shortlisted untuk satu perjawatan di KL. Ayah selalu cerita pasal jawatan tu kat ibu. Kebetulan, seorang senior Kapten di unit ayah pernah pegang jawatan tu. Baik, committed dan capable orangnya. Kagum. Jawatan tersebut kebiasaannya disandang oleh pegawai-pegawai yang hebat rekod perkhidmatannya. Nervous kejap ayah dibuatnya. Normal. Bila kita dah selasa di satu tempat, pasti kupu kupu mula memenuhi perut tatkala perubahan dituntut. Yang shortlisted 2 orang pegawai. Ayah dan seorang senior bawah naungan briged yang sama, tetapi bertugas di Kuantan. Tidak kurang hebat orangnya.

Congratulations for being shortlisted yg! It is an achievement already. Punyalah ramai calon tapi hanya 2 terpilih. Macam angkasawan negara. Just do your best and enjoy the experience. Kita usaha, dapat tidak Allah tentukan rezeki. Factor pemilihan kadang luar kawalan kita. May the best officer gets the post. Bottomline, I have no doubt on you and you will always have our support. Semoga urusan dipermudahkan, ditenangkan hati dan dilapangkan fikiran ayah sepanjang tempoh percubaan. Amin.

Syukur, dua berita baik hari ini.

P/s: This calls for a celebration, ibu carik hadiah tambahan sempena shortlisted dan anniversary ketiga yang jatuh pada hari pertama tempoh percubaan itu. Oh I miss KLCC already!

posted from Bloggeroid

8 comments:

nusk said...

syoknya nak masuk rumah baru!

haha kitorang pun baru beli peti ais,mesin basuh, TV comel utk rumah di kem pakit tu...
takpe pelan-pelan nanti lengkaplah rumah idaman kalbu:)dengan rezki perpindahan encik suami ke KL insyaAllah.

J@ja said...

heee berdebar rasanya ;p apa-apa pon ukur baju dibadan sendiri, mana yang mampu je

weee...mau ribu-ribu juga tu. tahniah2, keperluan asas dah ada :) saspen lagi haha

alhamdulillah, mudah-mudahan dapat jawatan tu :D

Zulaikha Mohamad said...

slowly jaja.. buat yg penting dulu.. aku awal2 dulu pon kosong je rumah..skrg baru penuh.. bilik arsyad pon still kosong lg, just ade toybox dia je..surprisingly, aku kire2 dulu buat sume almost RM50k jgk aku abes.. plaster ceiling, built-in wardrobe + kitchen cabinet, lampu kipas, alarm, wiring sume.. waaa~ byk jgk.. botak kpala seketika.. tp buat sikit2 laa..

J@ja said...

wow...mesti lawa rumah mu Jue. ko rs furniture IKEA ok tak? huhu ko rajin p IKEA kan..nnt share la psl rumah ko. ade ms nnt kite chat. kenan tgk kitchencabinet :P

Zulaikha Mohamad said...

lawa ke umah ku?? haha.. aku suke yg simple2 je tak suke bunga2 sgt.. haha.. furniture IKEA tak ok la bg aku ja.. yg mahal btol baru okay.. chest drawer yg aku beli byk nk kene baiki papan kat dlm tu, bile letak baju byk sgt sume jd jatuh.. tp klau ko beli yg mahal should be ok kot, lg pon bley buat installment kan?? jd member..nnti ade mase kita chat kay.. :-)

J@ja said...

Dapat feedback yg sama jugak psl furniture IKEA. Tp nak beli mhal2 pon belum mampu. Buat konsep Jepun jela dulu. Haha dok bersila gitu. Aku bentang karpet ajaib. Mudah-mudahan ada rezeki lebih menyusul. Kaji punya kaji sesak jugak poket bulan-bulan

Zulfadhli said...

Stuju syg..kita blaja jadi org jepun dulu kot.hehe xpela,mcm kawan2 ckp..slow2..nnt complete la..yg penting ukur baju di bdn sendiri ka?tv x payah beli dulu,kt bilik abg kt mess kan ade tv 29in..sementara ni boleh pakai tv tu dulu.pape pon nnt kite diskas k syg..

J@ja said...

ok yg :)