Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, February 19, 2012

seminggu sendiri

Dah 8 hari suami kerja luar kawasan; di Temerloh. First time kena tinggal since the transfer. Rindu datang lagi. Perjalanan pergi balik ke pejabat seminggu lepas terasa sepi, sendiri. How I wish you were there; especially during the traffic jams. Ada juga teman bicara :) Lumrah manusia, bila ada depan mata nampak biasa. Dah jauh baru mencari. Rugi. Kita jangan macam tu la ok? Setiap detik itu sungguh bermakna.

Sekarang jam 3 pagi. Anak-anak masih belum tidur lagi. Rindu ayah juga mungkin. Kedua-duanya minat menonton macam ayah. Boleh mengadap tv atau laptop berjam-jam lamanya. Ibu bagi peluang. Hari ni seharian Raudhah puasa-tv, giliran atok tonton perkembangan semasa. Sangka ibu Raudhah meragam kerana sibling-rivalry. (Sorry kakak, adik nak menyusu tak henti. Bila kenyang tak tidur, celik pula dia. Terbatas plan ibu nak jenguk kakak.) Rupanya amuk tak dapat bersua dengan Disney Junior. Nah, tontonlah sampai puas hati. Ibu teman, mujur esok cuti.

RA.UF dan youtube
Kesal. Seboleh mungkin nak luangkan masa sama-rata, secukupnya dengan 2 anak kecil ni. Tak beri ruang pada sibling rivalry. Betul, keadaan ni normal tambah lagi dengan kehadiran orang baru. Tapi ini bukan alasan untuk bersenang hati. Harus terus perhati dan ambil langkah awal bendung hal-hal kecil hati ini. Hari ni saja, macam-macam gaya protes kakak. Tepuk perut, tepuk kepala, baling mainan... Kecut perut ibu. Mujurlah adik tough orangnya. Lebih sedih, kakak bertindak pukul diri sendiri. Signal kurang perhatian ya nak? Ibu kerja, balik lambat, balik penat... Tapi semua itu amanah. Suami, anak-anak, kerja itu berhak ke atasku. Belum lagi masuk tang baba dan mama. Ya, masih banyak ruang for improvement. Trust me, it is not easy as it seems; coping with work and bigger family. It is not bad either. The philosophy that drives me is simple; 'It is hard when I have to, it is easy when I want to'. Islam pon ajar setiap dugaan yang menimpa itu, Allah tahu kita mampu hadapi.

Come on Ja, this is not dugaan. This is blessing. Look how beautiful they are. Subhanallah, Alhamdulilah...

Let's work things out dear husband :)


P/s: I am not complaining. This entry serves as a self-reflection for improvement. Peace.

No comments: