Sejak akhir-akhir ni cuaca agak panas, bukan? Hati terdetik sejenak,
perit barangkali bagi rakan-rakan yang bekerja di kawasan
'bebas-hawa-dingin'. Syukur punya nikmat bekerja di pejabat serba
lengkap. Motivasi untuk kerja lebih bagus tahun ni. Insyaallah, amanah
akan dilaksanakan sehabis baik. Mudah-mudahan berkat buat sama-sama
suami menyara hidup empat beranak .
Akhir-akhir ini juga, ramai yang teruji kesihatannya. Raudhah dan Umar
tak terkecuali. Ahad lepas, sedang empat beranak siap-siap untuk tidur,
Raudhah batuk-batuk dan muntah di katil. Dua kali. Tugas tambahan untuk
ibu dan ayah. Sudahnya, berdenyut kepala ibu semasa bertugas Isnin lepas
angkara kurang tidur. Cumulative, setelah 2 minggu bertahan kelmarin
ibu collapse. Terpaksa telan panadol 2 biji. Ayah keluar ke pejabat pon
ibu tak sedar. Satu badan sakit. Mujur hari ni cuti umum. Ambil
kesempatan untuk recharge.
Sebenarnya gaya hidup begini sungguh tidak sihat. Macam mana sibuk pon,
jangan korbankan tidur dan rehat yang mencukupi. Pernah baca artikel
tentang bahaya tidak cukup tidur.
Akur dengan hujah artikel di atas. Tetapi tengok anak kurang sihat, ibu
manalah yang boleh senang hati? Penat macam mana pun, ibu gagahkan diri
bangkit melayan anak yang menangis. Penat macam mana pun, emosi dikawal
supaya terus tenang dan sabar berdepan kerenah anak yang sudah tentu
resah dengan keadaannya yang tak seperti biasa. Oh anak...bagi ibu lah
batuk, selsema tu. Raudhah cepat belajar cakap ya. Ibu tak faham bahasa
'German' kakak :(
Besar tanggungjawab seorang ibu, kan? Semoga terus diberi kekuatan untuk
menjaga amanah Allah ini di samping tuntutan kerja yang kian menggunung
kebelakangan ini.
Peringatan untuk diri sendiri, get good rest Ja. Quality sleep if enough sleep is not possible.
P/s: Pergi pilih tile untuk rumah petang tadi. Hopefully the combination
blends well. Oh please get me the grey-coloured tile for the floor! I
have problem with cream-coloured. BB needs more tile shop. Boring lah
the designs offered...


No comments:
Post a Comment