Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, March 01, 2012

Another anniversary

sweet office

Hari ini, ulang tahun kelima aku berkhidmat dengan majikan tercinta. Mengikut kontrak, perlu 4 tahun perkhidmatan lagi sebelum pembiayaan pelajaran yang aku terima pada tahun 2002, langsai. Alhamdulillah.

5 tahun ini banyak mengajarku tentang hidup; tinggi rendah langit biru dan merupakan antara faktor yang mematangkan fikiran dan emosi. Jujur, aku pernah berputus harap tak lama dulu. Kenapa lambat dapat tawaran; tak layak kah diri ini? Sedangkan teman-teman yang lebih rendah pointer CGPA nya jejak menara megah itu sebelumku.

Akur, aku terima ini soal rezeki. Hikmahnya, aku ditawarkan jawatan tetap di sebuah syarikat yang juga one of the big players in the industry. Rezeki, aku tak pernah apply kerja itu; penghargaan buat bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti, banyak bantu 'market' resume pelajarnya. Tak ramai dapat peluang bergelar permanent staff berbanding secara kontrak. Syukur; bertuah badan. Culturenya sungguh berbeza. Gaji pokok ketika itu pon tinggi berbanding di menara. Alhamdulillah, hujung bulan dapat guna bantu keluarga; dapat bayar itu ini.

Impian untuk terus di EM punah bila mana aku terima panggilan daripada majikan kini, bertegas supaya aku pulang berkhidmat dan membalas jasa baik mereka. Sempat 5 bulan di EM. Berat hati, terkilan pon ada. Kenapa hanya 2 minggu sebelum 6 months waiting period tamat? Kalau aku tunggu dan berharap dulu jawabnya 5 bulan poket kosong tanpa isi. Anak sulong ni punya hajat tinggi, bantu keluarga. Hati ini kupujuk, ada hikmahnya. Percayalah.

Tanggal 5 tahun ini, hati senang untuk mengakui; benar semua punya hikmah. Masakan tidak. Duit belanja majlis bertunang, kahwin, melahir dan membesarkan anak puncanya dari kerja yang satu ini. Belanja kahwin pon dapat aku adakan berkat rezeki dari kerja ini. Alhamdulillah, tak susahkan baba dan mama.

Membesarkan anak-anak dewasa ini tinggi kosnya. Mujur, hal ehwal perubatan semua di bawah tanggungan insurans yang dicarum majikan. Salah satu benefits yang melapangkan hati. Rezeki anak-anak. Kalau tidak, mungkin aku tak mampu ke situ. Kos bersalin normal senang-senang melangkau hampir 2 bulan gaji. Terima kasih majikan.

5 tahun, sepatutnya melayakkan ku untuk promotion ke gred seterusnya. Tapi tak kesampaian. 2 tahun sudah polisi penilaian prestasi dirombak. Aku kena tempiasnya. Maka promotion digantung. Ada rezeki, tahun depan baru dapat. Ini hikmah. Tamparan yang aku rasa merubah persepsi aku terhadap hidup. Aku jadi semakin tenang berdepan masalah; matured. Ujian ini menebalkan semangat positif dalam diri. Ya, benar aku ambil masa untuk kembali stabil. Kesal dengan nasib itu tidaklah setinggi kesalku terhadap respon pihak pengurusan. Pengecut. Buang duit pergi kursus mahal-mahal. Sudahlah pengecut, bias pula. Segelintir, bukan semua. Terkilan sampai peringkat nak letak jawatan. Kejap, kenapa nak buat macam tu? Aku bukan pengalah. Dek kecewa kerja penat seolah tak dihargai, aku telah develop perangai suka shopping mengubat lara. Parah! Hehe

Tak apalah, ada rezeki tak ke mana. Kalau tak dapat kat aku, mungkin dapat kat suami dan anak-anak. Benar, saat aku jatuh, suami sukses dalam kerjayanya. Dua kursus YO dia muncul best student dan best academic recognition. B grading lagi (dalam askar B grading tu payah nak dapat, tak macam kita civilian ni). Exam Kapt ke Major pon dah lulus. Kan hikmah tu? Alhamdulillah.

Aku pernah impikan kerjaya yang hebat. Tapi aku sedar, it does not work one way. Ada faktor-faktor luar kawalan yang ada impak ke mana arah kerjaya seseorang; selagi ada campur tangan manusia yang hasadnya pelbagai. Aku ambil pendekatan ini; terus berikan yang terbaik untuk perkhidmatan, selebihnya aku serah padaNya. Yang pasti, RA.UF dan Zulfadhli adalah semangatku. Ibu is so fortunate to have all of you in ibu's life. Saat diuji, I will take a step back and reflect how I am blessed with so many happiness. Jadi kenapa perlu bersedih dengan secalit dugaan?

Happy 5th Anniversary to us, Petroliam Nasional. May successs follows our way. How I have grown wiser serving you :)

Alhamdulillah.

P/s: Selamat Hari Tentera Darat :)

2 comments:

jotcookie said...

Jaja, am touched after reading ur post.how strong u are! hope i can be as strong as u, InsyaAllah. :D i had some 'ujian' in work rite now and i don't feel like working anymore but i'm so grateful i have a wonderful family and friends who have been so supportive.after 3 years in serving the G, i grew tired with all 'zaman lapuk' thinking, hasad dengki and sikap 'sape kipas bos, dia la yg naik pangkat'. but hope i can be as strong as u are in overcoming all these troubles. ujian i x seberat org lain lg and maybe ade hikmah in everything rite? :D

J@ja said...

Hi! :) kekuatan milik Dia. This is life. One day you are on top, the next you may be at the bottom. Think about the blessings we have before deciding; should i or should i not be affected so much by this challenge.

Take care babe! :)