Sabtu lepas, habiskan seharian keluar cari keperluan Raudhah untuk ke sekolah. Terkedu juga tengok list yang Taska Raniya bagi. Hari-hari perlu bekalkan sepasang baju kurung, datang dengan pakaian sukan dan ada juga telekung. Memang nak kena beli jawabnya. Raudhah setahun 1 sahaja baju kurungnya. Itu pun pakai 2 3 kali lepas tu senteng dan ketat. Hehe.
Ayah duty di kem, jadi atok dan nenek teman ibu. Ibu rasa tak seronok if anak-anak tak ikut sama. Urusan membeli buat di Giant Shah Alam, Tesco Bukit Beruntung dan Kedai Kim Wah Bukit Beruntung. Hehe. Yang tiada dalam perancangan, beli kasut di Stadium Malawati Shah Alam. Nasiblah, cari kasut futsal ayah takda saiz. Upah beratur dan bersesak, ibu beli juga kasut sukan Raudhah. Fewit!
P/s: design baju kurung sangat comel! Beli saiz 4, puas hati. Tak ketat, tak longgar :D Semoga kakak seronok di Taska Raniya. Insyaallah...
P/s2: ramai kawan-kawan ibu seronok dengar pasal Raudhah masuk sekolah. Terima kasih. Ramai juga yang rancang nak ikut jejak :) Semoga dipermudahkan urusan playschool hunting anda!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


5 comments:
mummy farah tumpang happy!
cantiknya baju kurung tu sume. Ja beli kat mana?
Tq mummy Farah! Tq juga layan ibu gosip. Hahaha
Dina, saya beli kat Giant Shah Alam, dekat stadium tu :)
Oo, cantik sgt baju kurung tu. hopeully dpt cari jugak
Post a Comment