Alhamdulillah, terima berita baik di hujung tahun 2012. Rezeki anak-anak :-)
First month, hadiahkan semua 'increment' pada baba mama. Percaya rezeki yang ada sekarang bertitik-tolak daripada niat nak bantu keluarga. Baba dan mama ibarat tulang belakang, tak putus beri sokongan hingga kini. Alhamdulillah, dikurniakan parents terbaik.
Terima kasih tak terhingga buat suami tersayang, sama-sama hadapi jatuh bangun saya selama berkhidmat. Juga kerana ambil berat dan faham tentang keperluan tugas yang sesekali melangkaui tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. I love you.
Anak-anak, semangat utama ibu untuk terus berikan yang terbaik. Mudah-mudahan Ada rezeki untuk kita. In shaa Allah.
Alhamdulillah....
P/s: Bukan nak menunjuk. Hanya berkongsi rasa seronok. walaupun nilainya tidak sebanyak criteria dulu, hati tetap berbunga mekar... Diiktiraf, akhirnya!!


No comments:
Post a Comment