Kebetulan, adik bongsu tamat kursus diplomanya dan selesai urusan clearance di UiTM Bertam. Jadi, alang-alang dah sampai Penang, lajaklah ke Langkawi. Pada 6 April, baba, mama dari BB naik kereta ke Bertam ambil adikku Eya seterusnya ke Kuala Kedah. Naik feri ke Langkawi. Kami empat beranak dari BB singgah rumah mertua di Sepang. Adik ipar hantar ke KLIA. Seronok dua beradik tengok aeroplane. Ibu senyum sampai telinga lihat anak-anak gembira.
Jam 12 tengahari kami tiba di Langkawi. Lepas pick up beg, ibu bawa anak-anak tukar diaper dulu. Sementara tu, ayah uruskan kereta sewa. Nissan Serena menjadi pilihan. Harga sewa satu malam RM110. Not bad, luas dan selesa. Typical Nissan lover :p
Kami kemudian bertolak ke hotel dengan bantuan GPS. Cewah. Ibu quit jadi penunjuk arah, let Garmin do the work. Hotel pilihan kami ialah The Lanai, terletak di Pantai Tengah. Sebenarnya ibu yang pilih hotel ni atas sebab ada swimming pool, private beach dan dekat dengan Pantai Cenang. Sesuai dengan fokus vacation; rehat, relaks, sight seeing dan shopping! Urusan booking penginapan 4 hari 3 malam dibuat melalui Agoda.com. First experience, harga lebih murah berbanding booking terus melalui hotel. Lain kali boleh cuba lagi.
Hotel lama, tapi cukup selesa untuk kami 5 dewasa, 2 kanak-kanak. Pula, dapat connecting rooms. Sakan dua beradik ulang-alik bilik atok nenek. Hehe bertuah jadi cucu kesayangan.
Lepas check in dan angkat barang ke bilik, kami keluar ke pekan Kuah untuk jemput baba, mama dan Eya. Lunch di jeti sekali. Dalam perjalanan balik ke hotel, singgah di Jeti TLDM. Kebetulan TLDM buat hari terbuka. Seronok, dapat peluang masuk kapal laut tentera. Ayah pula, jumpa ramai kenalan dan junior officers di situ. Prospek kerjaya dalam TLDM bagus tau; professional dan emphasis on knowledge/academic. Eh buat promosi pula! RAZ dan UFZ sungguh tekun dan excited dapat naik kapal. It runs in the blood kot; ayahnya milik negara. Ayah seronok tengok anak-anak kongsi minat yang sama. Ibu, approve Navy je buat masa ni. Full stop.
Hari pertama kami chill je. Beri ruang recharge dari penat traveling.
Hari kedua, seawal 9.30 pagi dah terpacak di Langkawi Cable Car. Kesimpulan yang saya dapat dari vacation ni, kalau datang Langkawi mesti bawa MyKad/MyKid/MyTentera. Harga tiket jauh lebih murah; dewasa RM15, kanak-kanak RM10.
Huyai seram betul naik cable car ni. 700 meter dari paras laut. Tinggi dan curam. Saya panik, dalam kepala fikir macam manalah kalau putus cable ni. Diam je sepanjang the ride. Sampai atas, ambil gambar sikit terus nak turun. Gayat, gayat, gayat. Memang tak kan saya naik lagi lepas ni! Haha.
Destinasi seterusnya ke Underwater World. Ini buat syarat alang-alang dah sampai Langkawi. Saya lebih suka Aquaria. Yang menarik di sini, ada hidupan selain yang berhabitatkan air seperti bangau, ayam hutan, burung kakak tua dan beberapa lagi yang saya tak ingat namanya. Harge tiket dengan MyKad/Kid dewasa RM28, kanak-kanak RM18, dewasa lebih 50 tahun RM22, kakitangan kerajaan RM22 (dewasa, limit 2 orang) RM11 (kanak-kanak, limit 2 orang). Kat sini, RAZ meragam. Boring agaknya bukan tak pernah tengok.
Tapau lunch kemudian balik rehat di hotel. Petang sakan di swimming pool dan beach. Tenang; jauh dari kesibukan kota dan desakan kerja.
Malam, kami keluar dinner di pekan Kuah. Jai Island Cafe. Pernah ke sini 4 tahun lepas; semasa honeymoon :) Kali ni datang bawa 2 anak. Masakan sedap, harga berpatutan. RAZ nyenyak tidur sepanjang di cafe. Selesai dinner, pulang ke sarang untuk tidurrrr. Semua kepenatan.
Pagi hari ketiga, ibu dan ayah ambil peluang dating sementara RAZ dan UFZ masih dibuai mimpi. Dating ambil angin, bercanda di persisiran pantai gitu. Nak pergi honeymoon berdua, tak sampai hati tinggal anak-anak. Dapat spend setengah jam jalan-jalan berdua pon cukup :)
Lepas sarapan, dalam pukul 11 pagi kami mula mengorak langkah dengan misi kempiskan dompet yang taklah sepenuh mana. Layan mama yang memang suka sangatlah dengan Langkawi ni. 2 tempat je kami pergi; Idaman Suri dan Haji Ismail Group (HIG). Atok sempat mengusik ayah, boleh lah dapat barang free di HIG. Hehe ayah pon layan, boleh boleh. Kenapa? Kebetulan nama ayah ber bin kan Ismail. Usik-mengusik mertua-menantu ;p
Sebelum ni tak pernah dengar nama Idaman Suri. Biasa HIG atau apa Saga tah. Kira first time jejak premis Idaman Suri ni. Best. Luas, barang jualan tersusun dan harga berpatutan! Tersenyum-senyum mama sepanjang shopping di situ. Baba main peranan spot apa yang mama suka, tapi mama kata tak nak. Baba angkut je bawa pi cashier. Eya pula, tak habis-habis dengan beg laptop dia. Dah ada 3 kot, laptopnya 1 je. Hehe janji u suka, wa hati sinang la adik. Dan barang wajib beli bila jejak Langkawi, coklat! Ibu beli luggage/traveling bag murah; confirm barang beranak pinak otw balik nanti. Sempat juga beli set pinggan mangkuk untuk 8 orang. Seronok walaupun bukan Corelle. Cukuplah untuk standby pakai hari raya ke, kot orang datang rumah ke.
Selesai membeli di Idaman Suri, kami ke HIG pula. Kat sini, beli sudu dan coklat. Kejap je, sebab mostly dah beli kat Idaman Suri. Tapau lunch, balik hotel berehat. Agenda wajib waktu petang, swimming pool dan beach. Malam tu, siap-siap pack barang. Ibu dan ayah nervous. First time nak handle banyak barang menaiki kapal terbang, dengan RAZ & UFZ di sisi.
Esoknya masa untuk ucap selamat tinggal kepada Langkawi. Lepas sarapan, kami ke Kuah hantar baba mama dan Eya ke jeti. Kat sini, luggage mereka beranak pinak lagi. Haha. Kami 4 beranak singgah Idaman Suri sekali lagi sebelum balik ke hotel. Beli 1 lagi beg yang sama.
Sampai di hotel, rehat sekejap dan bersiap untuk ke airport. Flight jam 2.35 petang.
Alhamdulillah, seronok dapat vacation bersama insan-insan penting dalam hidup saya. Ini hadiah saya buat mereka. Sekali mereka senyum, 10kali ganda senyuman saya.
Terima kasih ayah, sediakan tiket penerbangan ibu RAZ dan UFZ ke sana, land-pilot yang setia bawa kami ke sana sini, dan gagah pikul barang-barang sepanjang vacation. We love you.
Terima kasih baba, mama dan Eya sebab tak jemu layan RAZ dan UFZ yang lasak dan sering menguji kesabaran dengan mimik muka yang comel. Ada rezeki, kita pergi vacation lagi ok?
Alhamdulillah. Besar rahmatmu Ya Allah :))
Nota: baba/atok/mama/nenek=parent saya. Ayah=husband saya. Ibu=saya :D
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


No comments:
Post a Comment