Pejam celik, diam tak diam sudah setahun jarak masa sejak aku jejak
tanah suci itu. Subhanallah. Hati jadi seronok tiap kali mendengar
khabar teman-teman akan ke sana. Terlalu indah perasaan mengenang
perjalanan ibadah di rumahMu.
Hati tersentuh. Semalam, semasa sesi tazkirah, bersempena topik
perbincangan berkisar tentang sabar, boss kongsi pengalamannya
menunaikan haji tahun lepas. Apa yang dikongsi dapat aku bayangkan. Aku
sendiri punya ujian semasa menunaikan umrah di sana. Tambah dengan
keadaan diri yang kurang upaya, penangan morning sickness. Tanpa
disedari, air mata bergenang. Aku jadi sebak. Ya Allah, dah setahun.
What have I achieved? Have I been a better person? Have I improved as
far as ibadah is concerned? Ya Allah, Ya Allah...aku rindu. Rindukan
ayat-ayatMu, rindukan ketenangan hati mendengar bacaan ayatMu. Betapa
aku hanyut dalam deras arus masa. You seriously need to pull yourself
together, Ja. Application Quran kan ada?
Semat azam lagi. Mathurat sudah lama tak berusik, sehinggalah semalam. Make time Ja, make time. Baiki diri.
P/s: Raudhah, Umar cepat besar ya. Ibu rasa nak ke sana lagi. Kali ni
ibu harap semua ikut. Cukuplah lara tinggal Raudhah setahun lepas.
P/s2: Kadang terfikir, mata bulat Umar ni ikut siapa? Mungkin juga terkenan pada baby boy ibu jumpa semasa solat di Masjidil Haram. Ibu tak segan nak tegur, rindu anak yang ditinggal di Malaysia. Abdul Rahim namanya. Juga anak seorang tentera dari Syria kalau tak salah. Peramah ibu dan neneknya :) Siap tunjuk gambar ayah Abdul Rahim. Hehe ibu pon tayang gambar ayah sama, handsome! :p

