Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, June 21, 2012

Pindah 1.0

19 Jun.

Pejam celik, cukup sebulan dah kami menetap di sini. Empat beranak, sebumbung, sendiri. Alhamdulillah, perlahan-lahan kami cuba sesuaikan diri; pengalaman baru untuk kami.

Sebulan yang penuh dengan terpekik terlolong, tergelak terbahak, tersengih tersenyum, tergigit tersinggung. Asam garam rumah tangga, hidup berkeluarga. Sebagai ibu yang bekerja, saya tak nafikan sering dilanda rasa penat. Fuh. Balik harung trafik yang sesak, tak sempat sebut pi-sang dah kena lapor diri pada anak-anak sayang. Untung punya suami yang sangat memahami; mahu beri kerjasama uruskan isi rumah. Hal ehwal kain baju dan laman rumah ditanggung beres. Tiada kes gunung-kain di rumah kami. Kerja-kerja dapur, siapa lapang akan uruskan. Biasanya saya cuba selesaikan basuh botol susu anak-anak, susun pinggan mangkuk, sediakan bakul susu untuk dibawa ke bilik tidur secepat mungkin sementara anak-anak ber-happy hour depan tv. Tapi biasalah, kadang ada iklan-iklan seperti anak-anak berebut kuasa/perhatian, sesi tukar lampin dan sebagainya.

Berdasarkan pemerhatian, kekemasan rumah paling lama tahan 3 hari. Rumah macam kapal pecah. Mainan anak-anak di mana-mana. Tak marah, tak nak stress. Bersihkan yang mana mampu. Belajar 'let go'. Come on, kita bukan robot. Saya tidak bercadang untuk ambil pembantu rumah, biarlah saya buat sendiri. Saya yakin, jika diberi masa dan jika ada kesungguhan, pasti boleh!

Berita baik, Raudhah sudah boleh terima hakikat. Sekarang, tidak lagi menangis bila ibu ayah ajak balik dari rumah atok nenek. Raudhah kenal dan tahu ini rumah kami. Alhamdulillah. Dia juga demanding. Selalu ajak naik bilik, nak ber-aircond. Budak pon tahu bahang cuaca sekarang kan?

Antara kerja-kerja yang masih perlu perhatian adalah deko laman. (Oh, deko dalam rumah adalah sangat minimal, hampir tiada. Setakat adakan perabot. Pasu, bunga langsung takda, mesra-anak-kecil. Sayang pula nak tebuk dinding gantung hiasan segala) Projek rumput ayah sudah 40% siap. Progres kurang, kebetulan bulan ni ramai kawan melangsungkan perkahwinan. Insyaallah, akan diusahakan lagi 60% tu.

P/s: baru nak sesuaikan diri, dapat berita tak berapa menarik pula. Tak payah pindah, please?

P/s2: bila nak sampai ni. Dah minggu ketiga, masih tak nampak bayang. Cepat sikit, ok?



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

dyanayusuf said...

cantiknya laman rumah. luas mata memandang.

J@ja said...

Hmm cantik ke, lalang banyak lagi tu :) Insyaallah dah penuh rumput esok sedap sikit mata memandang :)

Unknown said...

ehem dpt signal nak dipostingkan kan ke? oh no! btw.. mmg best laman umah jaja.. best bercucuk tanam tu.. wee