Gigi yang teratur antara faktor penyeri senyuman kita, betul? Suka dan kagum dengan golongan yang punya gigi yang cantik. Makin naik seri gigi itu bila disunting dengan senyuman yang ikhlas.
Setiap kali hamil (setakat ini baru 2 kali, ayat macam dah banyak kali sangat kan :p), ada fasa yang aku rasa gigi jadi sakit. Ya, mungkin faktor sumber kalsium yang kurang, untuk dikongsi 2 beranak. Tapi sakit ini seolah-olah ada pergerakan saf gigi berlaku biasanya pada waktu malam. Sudahnya, bila bangun pagi, rasa ngilu dan sakit seperti ada tekanan. Keadaan ini tidak kekal, hanya 2 3 kali sepanjang tempoh kehamilan.
Semalam, sambil belek gambar di telefon bimbit, aku terkedu sekejap. Hmm gigi yang sedia terjungkit ni nampaknya makin menjadi. Terus BBM suami, nyatakan hasrat nak pakai braces. Ok ke? Belum sempat pon nak cari info lanjut, suami dah semak prosedur rawatan di Pusat Gigi Angkatan Tentera (PGAT). Proaktif.
Saat ini, kami masih menunggu giliran. Sedia menunggu dari jam 7.15 pagi tadi. Apa agaknya nasihat doktor nanti. Tempoh menunggu untuk giliran rawatan ortodontik lama, 2 hingga 3 tahun. Kalau boleh, mahu bebas-braces semasa mengandung anak seterusnya. Boleh ke dapat giliran cepat? Hehe kalau tak dapat kita ke klinik swasta gamaknya. Apa-apa pun, hari ni kita cek keadaan gigi dan recommendation doktor dulu.
P/s: kali terakhir ke dentist tahun 2007, surgeri cabut geraham bongsu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


No comments:
Post a Comment