Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, March 17, 2012

Reflection

Pejam celik, diam tak diam sudah setahun jarak masa sejak aku jejak tanah suci itu. Subhanallah. Hati jadi seronok tiap kali mendengar khabar teman-teman akan ke sana. Terlalu indah perasaan mengenang perjalanan ibadah di rumahMu.



Hati tersentuh. Semalam, semasa sesi tazkirah, bersempena topik perbincangan berkisar tentang sabar, boss kongsi pengalamannya menunaikan haji tahun lepas. Apa yang dikongsi dapat aku bayangkan. Aku sendiri punya ujian semasa menunaikan umrah di sana. Tambah dengan keadaan diri yang kurang upaya, penangan morning sickness. Tanpa disedari, air mata bergenang. Aku jadi sebak. Ya Allah, dah setahun. What have I achieved? Have I been a better person? Have I improved as far as ibadah is concerned? Ya Allah, Ya Allah...aku rindu. Rindukan ayat-ayatMu, rindukan ketenangan hati mendengar bacaan ayatMu. Betapa aku hanyut dalam deras arus masa. You seriously need to pull yourself together, Ja. Application Quran kan ada?

Semat azam lagi. Mathurat sudah lama tak berusik, sehinggalah semalam. Make time Ja, make time. Baiki diri.

P/s: Raudhah, Umar cepat besar ya. Ibu rasa nak ke sana lagi. Kali ni ibu harap semua ikut. Cukuplah lara tinggal Raudhah setahun lepas.

P/s2: Kadang terfikir, mata bulat Umar ni ikut siapa? Mungkin juga terkenan pada baby boy ibu jumpa semasa solat di Masjidil Haram. Ibu tak segan nak tegur, rindu anak yang ditinggal di Malaysia. Abdul Rahim namanya. Juga anak seorang tentera dari Syria kalau tak salah. Peramah ibu dan neneknya :) Siap tunjuk gambar ayah Abdul Rahim. Hehe ibu pon tayang gambar ayah sama, handsome! :p

2 comments:

Zulaikha Mohamad said...

azam dlm diri tuk menjadi yg lebih baik setiap hari..mulekan dgn zikrullah lama2 akan jd habit..nak2 ade anak kecik lg senang nk amalkan..n cube jgk sesibuk mane sekalipon bace Al-Quran eventho 1 mukasurat je..usually jue buat everytime anak2 tido..InsyaAllah kita akan berasa lebih tenang dan rumahtangga pon insyaAllah akan sentiasa diberkati..amin~

J@ja said...

Insyaallah, thank you :)