Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, July 29, 2012

Tak masak?

Menu berbuka 7 Ramadhan.
Fettucini in tomato sauce for ayah, beef tomato sauce and cheese (lasagna tanpa pasta version sendiri) for ibu, and sirap bandung soda.
Percubaan kali pertama.

Semua ibu/isteri mahu berikan yang terbaik untuk keluarga, kan? Jujur, saya tidak hebat lagi dalam hal uruskan keluarga kecil; bersama DUA anak. Pula saya bekerja nun di KL, ulang alik 120+ km setiap hari. Fuh. Alhamdulillah, berkat kerja jauh itulah dapat sara keluarga bersama suami tersayang, beri yang terbaik untuk anak-anak, belanja ibu bapa.

Satu benda yang saya jarang dapat buat ialah memasak. Sangat tidak kerap. Kalau ada yang boleh tolong babysit pasti saya lebih rancak ke dapur. Ibu yang seorang ini kalah dengar anak menangis. Huhuuu

Apa-apa pon saya cuba berikan yang terbaik dan baiki agihkan masa demi suami, anak-anak, ibu bapa dan secara tidak langsung, melaksanakan tugas untuk majikan. Ramai punya hak ke atas saya.

P/s: Tak terkilan walau nampak serabut. Yang penting saya tau saya cuba dan terus usaha :) Alhamdulillah atas nikmat dariNya.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

AZREN said...

same here! xleh dgr anak nangis gak....bulan puasa ni i param memanjang...hope bile dh besar skit budak2boleh la ke dapur..hehe

J@ja said...

Kan...tp sebak jugak budak2 membesar dgn sungguh cepat..sobs

Hopefully boleh improve time management :)