Alhamdulillah. Pagi Jumaat ini dimulakan dengan tazkirah dan solat hajat bersama MD/CEO. MD/CEO sendiri sampaikan tazkirah dan menjadi iman jemaah solat hajat. Semoga pekerja dan syarikat terus mendapat rahmat dariNya tambah lagi dalam bulan yang mulia ini. Insyaallah.
MD/CEO mengigatkan semua tentang 'Journey to the Future'. Bukan hal-hal duniawi, tetapi 'future' ke arah alam yang abadi. Peringatan tentang tujuan kita semua di sini, dan apa yang patut kita lakukan. Sungguh memuhasabah diri.
Dua perkara yang saya suka nak ingatkan diri;
1. Diriwayatkan bahawa bulan Ramadhan sungguh besar nikmatnya. Bulan Ramadhan juga ialah bulan kesabaran, sedang sabar itu ganjarannya adalah syurga.
Subhanallah. Hati, bersabarlah ya.
2. Pengiraan zakat fitrah sebenar ialah 2.3kg beras seorang. Tetapi di Malaysia zakat fitrah diberi dalam bentuk wang antara sebabnya adalah kerana faktor logistik. Umumnya jumlah zakat ditetapkan berdasarkan harga beras yang biasa digunakan oleh orang kebanyakan. Realiti, ramai di antara kita yang bernasib baik, mampu makan beras yang baik kualitinya seperti cap Taj Mahal, basmathi dan sebagainya. Maka sepatutnya jumlah zakat yang dituntut ke atasnya adalah harga 2.3kg beras cap mahal tersebut, bukan lah RM7 seperti resit pembayaran. Pesan En Sam (sebut macam 'Sam this is my card~'), kalau kita makan beras mahal, bayar je RM14 untuk seorang. Biar lebih jumlahnya, sebagai sedekah. Kalau Amil tidak terima, gaduhlah kat situ, seloroh En Sam ;p
Alhamdulillah, alhamdulillah...Semoga diperkenankan doa, dipermudahkan urusan dan baik kesudahan semuanya. Insyaallah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


No comments:
Post a Comment