Pagi ni semasa sarapan bosses inform ada sesi tazkirah bulanan bermula jam 9 pagi. Saya ambil peluang 'ubat' hati lara dengan hadiri sesi tersebut. Mudah-mudahan dapat kembalikan semangat supermom.
A: "Jaja ni tak semangat je macam ada problem. Selalu ceria tak macam ni"
B: "Saya pon ada masalah, tapi relaks je"
Seorang Jaja senyum je dengar jawapan B. Fikir saya, masalah awak, dengan masalah saya sama ke nak buat direct comparison macam tu? Takpalah, yang cakap tu orang tua. Sengih je la labu eh ibuuuu :)
Tazkirah ustaz hari ini sangat indah pengisiannya. Sambil mendengar, jari tekun ambil nota elektronik untuk rujukan sendiri. Saya kongsi juga dengan anda sebagai 'refreshment' bersama.
Topik: Kelebihan bulan Sya'aban dan Ramadhan
Kelebihan Sya'aban
1. Doa dimustajabkan melainkan doa tiga golongan iaitu orang yang syirik, org yang berzina dan orang yang suka bermusuhan.
2. Bulan diampunkan dosa.
3. Bulan dinaikkan ganjaran puasa selepas bulan Ramadhan dan Rejab.
4. Bulan digalakkan agar banyak beristighfar dan berzikir serta bersedekah.
Kelebihan Ramadhan
1. Pintu-pintu syurga dibuka manakala pintu-pintu neraka ditutup.
2. Jin dan syaitan akan yg dibelenggu
Menurut Imam Shafie, hanya jin dan syaitan yg bengis sahaja dibelenggu manakala yg lain masih bebas.
3. Diampunkan serta dibersihkan (disucikan) dari dosa dengan syarat amalan dilakukan dengan iman dan ikhlas.
4. Kelebihan Lailatul Qadr yang ganjaran pahalanya lebih baik dari 83 tahun.
5. Diafiatkan daripada sakit bagi mereka yang mengamalkan bacaan 7 fatihah. (Malam 1 Ramadhan, selepas maghrib. Sebelum solat terawikh pertama)
Sabda rasullullah.
Diberi kpd umatku lima perkara yg belum diberikan kepada umat2 sebelumnya iaitu:
A. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari kasturi.
B. Segala perbelanjaan dan derita lapar selama sebulan adalah syurga balasannya.
C. Diampunkan dosa mereka pada Lailatul Qadr.
D. Amalan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda.
E. Dikurniakan dua keseronokan iaitu ketika berbuka dan ketika temui Tuhan.
Bersama-samalah mencari kelebihan syaaban dan ramadhan.
P/s: Alhamdulillah, hati dibuka untuk ke tazkirah tadi. Barangkali petunjuk buat saya yang tercari-cari. Subhanallah...
P/s2: Kalau nak share pengisian ni, copy CONTENT yang mana perlu saja ye (kalauuuu, tak kalau takpa). Jangan share blog ni di FB ke Twitter ke. Terima kasih :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


2 comments:
alhamdulillah. thnx jaja coz kongsi tazkirah.. eh bagus ek opis ada buat mcm ni.. akak suke sgt :)
Sama-sama kak. Alhamdulillah, majikan (anak syarikat) diterajui insan yang kuat pegangan agamanya :) Salah satu cara nak seimbangkan duniawi dok kerja je , dengan peringatan tentang tuntutan Dia. Mudah-mudahan terus diberkati.
Post a Comment