Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, October 22, 2011

Sebelas

Hari ni Umar cukup 11 hari. Ibu rasa, first two weeks ni hectic sikit. Asyik pergi-balik hospital sebab kuning. Alhamdulillah, Umar tak apa-apa dan tak perlu admitted. Mungkin ibu yang risau lebih. Nampak semacam, walaupun orang kata sikit ibu tetap nak pergi hospital nun kat KL. Hanya confirmation from doctor mampu buat hati ibu senang. Maaf, doktor atok and doctor nenek. Tang ni, ibu degil sikit. BUT it is only for our benefits. Itu satu kisah. Lagi satu hal yang menggemparkan jadi Khamis lepas. FYI, Umar dah sunat seawal umurnya 2 hari. Mengikut kata Dr Faisal, selalunya kaedah yang dilalui Umar ambil masa 10 hingga 14 hari untuk sembuh. Tapi nak jadi cerita, hari kesembilan (tujuh hari lepas sunat), lepas mandi petang sedang ibu pakaikan baju tiba-tiba Umar menangis kuat. Ibu cek-cek tengok plastic bell tanggal and berdarah. Ibu panik! Risau kalau Umar kesakitan. Siap ibu pun menangis sekali. Ibu yakin ibu tak kasar masa handle Umar. Salah ibu ke? Malam tu jugak ibu haruk atok nenek ke emergency PCMC. Tapi malang, GP tak mampu bagi advice. Esoknya ibu ke sana semula bawa Umar jumpa Dr Faisal. Thanks Cuya, teman kami. Nanti ibu bagi upah, tapi tak semewah dulu k.

Sampai je kat consultation room, doc cek bebird Umar. "Molek." Itu saja komen doc. Syukur. Ibu tak sanggup if Umar kena go through procedure lain pulak. Doc sempat tegur Umar kuning sikit. Siap share experience kesemua lima anak-anaknya pun begitu. Ramah. Takpa, dah kurang kuningnya kan anak bujang ayah? Syukur :) Lepas ni jangan marah if ibu bedung. Since tali pusat tanggal hari kelapan and bebird pon dah sembuh hari kesembilan, ibu rasa Umar tak sakit dah if ibu ikat sikit kaki tu. Ok boy?

Anak dua orang selang setahun tapi bila sorang nangis, sorang lagi ikut sama. Sorang tak sihat, sorang lagi ikut juga. Macam kembar pulak. Si kakak Raudhah gatal-gatal badan. Kita rajin-rajin sapu ubat k.

Fuh keluar 'berjalan' saja ibu 11 hari ni. Hopefully Raudhah and Umar sihat saja lepas ni. Ibu pon tak sabar nak sihat balik. Rindu nak main dengan anak-anak :) Pergerakan masa pantang ni agak terbatas. Boring. Kalau tak boleh jugak kita visit ayah di SP. Rindu. Seriklah jauh macam ni ayah. Lepas ni Insyaallah ayah posting mana-mana ibu nak ikut. Hopefully ada rezeki kita nak duduk sama. Fikir-fikir sayang jugak nak tinggal kerja. Kos sara keluarga bakal bertambah. Kami pun baru beli rumah. Kalau ayah dapat posting KL dapat merasa duduk rumah sendiri, tanam-tanam sikit, guling-guling empat beranak di hujung minggu. Pergi kerja kita rempit naik moto sama-sama. Auwww macam bercinta you. Haha. Rindu lagi.

Oh berat badan dah turun 15kg. 25kg lagi nak achieve target. Jom ayah, kita kurus bersama. Hehe :D

Sebetulnya ibu sangat boring hari ni. For obvious reason, ayah tak balik sebab turn duty jatuh pada hari ni. Perhaps next week boleh jumpa? :)

Bebeeelll je :D

P/s: Jangan selfish Ja, kita rindu dia di sana. Dia lagi berat merindu isteri dan 2 anak di sini. Semoga kita anak beranak terus tabah. Syukur ada nikmat berkasih sayang :)
posted from Bloggeroid

4 comments:

nusk said...

memang sedih kan jauh..sabar ye ja.. selalu jugak pujuk diri jangan'selfish' dia kat sana sensorang lagi sedih kan:(

insyaAllah semoga ada rezki kita sentiasa duduk di samping suami tercinta bersama anak-anak. Amin

J@ja said...

3 years is the limit at the moment. Ms 'single' ok tapi masuk dua anak ni fuh berat rindunye :D

insyaallah, mudah-mudahan ada rezeki kita :)Amin

zulfadhli said...

it's very true syg..abg yg berjauhan sorg2 ni lg berat rindunye.sbr eh yg,ade rezeki,ditakdirkan Allah kita akan duduk sama yg..xcited nk tunggu momemnt tu.muah!

J@ja said...

:) cant wait! kita doa sama-sama k. mudah-mudahan ada rezeki kita :)