Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, October 09, 2012

Mahabbah

Makanan kesihatan pilihan saya. Sudah lebih 2 bulan saya amalkan, alhamdulillah nampak kesan positif.

Kenapa Mahabbah?

Saya dah cuba 2 produk kesihatan sebelum bertemu jodoh dengan Mahabbah; Sun Chlorella dan Monavie. Kedua-duanya saya ambil untuk tujuan menambah tenaga. Sejak punya 2 anak, badan sangat cepat penat. Sungguh. Kadang-kadang stress dibuatnya!

Sun Chlorella memang membantu pada awalnya. Saya tak penat (wow). Dan susu badan bertambah. Saya suka. Saya kembali ceria dan aktif. Tapi, harga sangat mahal. Satu kotak berisi 6 paket tablet, setiap satunya ada 1000biji (kalau tak salah) harganya RM460. So bertahanlah sampai 3 kotak. Lepas 3 bulan, jadual kerja dah mula sibuk maka disiplin pon ke laut.

Kemudian saya kenal Monavie. Beli dari kawan pejabat, rendah daripada harga pasaran. Sedap, suka juga. Semua range saya cuba; Purple, Red, Green (RM80, RM110, RM125). Tahan la dalam 3-4 bulan. Akhirnya ke laut juga.

2 bulan lepas, sejak husband diduga kesihatannya, saya didedahkan dengan makanan-makanan baik anjuran Islam; habbatus sawda', madu dan za'faran. Sejak itu, kami suami isteri cari alternatif (yang sepatutnya jadi sumber premier dalam kehidupan seharian kita) untuk kami dan anak-anak. Nak dijadikan cerita, satu hari bos sedekah kan Mahabbah pada saya di pejabat, "Ini untuk husband u, cubalah". Maka bermulalah ikhtiar kami dengan produk Mahabbah ini; gabungan habbatus sawda' dan madu dengan perisa mangga. Sedap. Bancuh 1 sudu the dengan air suam, sebelum makan, 2 kali sehari. Harga RM40.

Kebaikan habbatus sawda' dan madu dinyatakan dalam Al-Quran dan hadis, iaitu...

Firman Allah dalam Surah Al-Nahl ayat 68-69 yang bermaksud,
"Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia"

Sabda Rasullah S.A.W
"Tetaplah kamu dengan al-habbatus sawda' ini kerana padanya ada penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Subhanallah. Indahnya Islam.

Untuk anak-anak pula, kami tukarkan susu mereka daripada Enfalac/Enfagrow kepada Iqramilk. Buat masa ini sedang dalam proses menghabiskan stok Enfagrow yang berbaki 3 tin. Selepas ini Insyaallah akan tukar sepenuhnya. Maklumat lanjut tentang Iqramilk di entry akan datang. Tungguuuu :D

Berbalik kepada Mahabbah tadi, antara perubahan yang ketara adalah:

1. Sembelit
Saya punya masalah ini sejak mengandungkan Umar. Tekanan dalam perut tinggi menyebabkan saya senang sembelit. Saya korbankan cinta terhadap makanan pedas ever since (sobs). Masalah ini berlanjutan sehingga 2 bulan lepas. Alhamdulillah sejak mengamalkan pemakanan Mahabbah, sembelit tiada lagi. Dan saya sudah boleh makan cili api 2 3 biji dengan mee kungfu (buat lepas hajat) dan kekal bahagia di bilik kecil.

2. Tenaga
Saya kurang penat. Tuntutan psikologi dan motivasi saya dipenuhi. Makan Mahabbah, otak bagi signal "Saya usaha". Secara tak langsung psikologi saya terkesan secara posiitif, dan bantu bina motivasi harung hari dengan lebih ceria. Saya tidak lagi rasa lenguh-lenguh badan dan berat kaki (ke saya dah kurus?).

Apa pon, semua kebaikan yang diterima adalah dengan izinNya. Kita, perlu usaha. Yang mana satu? Tepuk dada tanya diri.

Sekian perkongsian tentang Mahabbah (kasih sayang).


P/s: buat entry dalam bas TM-KL ke pejabat :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

J@ja said...

Disclaimer, bukan lah tak penat langsung k. Just rasa better than before. Peace :)

dyanayusuf said...

I like!